PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG BAHAGIAN NEGERI PERAK 

 
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Sebarang Pertanyaan Sila Berhubung Dengan Setiausaha Negeri Perak 

Majlis Khatam Keris telah ditunda pada 19-6-2010. Harap Maklum. 


PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN NEGERI PERAK (BARU)  (NO.PEND. 3262/2009)

MESYUARAT AGONG 2010

Dirasmikan oleh
YB Dato' Zainol Fadli Bin Hj Paharudin
(Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan)

Tarikh & Masa : 24 April 2010 (Sabtu) 3.00pm                                                                               Tempat : Hotel Seri Malaysia Ipoh

Mesyuarat Agong Pesaka (Baru) Perak telah diadakan dengan kehadiran persatuan-persatuan silat seperti Persatuan Pencak Silat Krayung Sendeng, Pertubuhan Seni Silat Gayong Fatani Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Kegayungan Acheh Helang Putih Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia, Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib, Persatuan Sepelet Kuntau Tomoi, Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, Silat Seni Lintau Warisan, Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung Dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Pasak. Mesyuarat sebulat suara melantik AJK untuk mentadbir Pesaka Perak ini.

Ahli Jawatan Kuasa Pesaka Negeri Perak 2010 - 2012


Yang Di-Pertua : YB Dato' Zainol Fadli Bin Hj Paharudin


Timb Yang Di Pertua : Tn Hj Ahmad Tajuddin Bin Hj Mansor


Naib YDP 1 : Datin Hjh Feridah Binti Abu Johan


Naib YDP 2 : Ust Zubaidillah Bin Sulaiman


Naib YDP 3 : Ust Sahad Bin Ujang


Setiausaha : Pn. Mas Shariffah Binti Hj Mismat


Jawatankuasa


En Mohd Rozaidi - PASAK

En Baharom Abd Hamid - Gayong Fatani

Pn Hasmaniyar - Seni Silat Lincah

En Shamsudin Ismail - Gayong Ghaib

En Mohd Bin Abdullah - Kuntau Tomoi

En Azahari Bin Basri - Helang Putih

En Sazali Bin Dato' Meor Abdul Rahman - PSSGM

Wan Mohd Ali - Panglima Ulung

Mohd Zaini Bin Ismail - Betawi

Pemeriksa Kira-Kira

Mohd Firdaus Rohana - PSSGM

Julias Bin Mohd Yusuf - Gayong Ghaib

Nota :- Masih ada nama dan persatuan silat dalam senarai diatas yang masih belum dikemaskini lagi kerana sedang menunggu siapnya minit mesyuarat. Harap Maaf. 

Beberapa gambar yang dapat dirakamkan pada masa mesyuarat tersebut. 



 

SELAMAT KEMBALI 'SINGA PUTIH' KE PSSGM

10 April 2010, pada jam 7 malam, satu pengumuman telah dibuat bahawa Cikgu Ahmad Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ahmad Jepun telah memasuki semula ke dalam PSSGM. Beliau telah mengisi borang ahli seumur hidup di hadapan barisan AJK Pusat baru-baru ini. Pengumuman tersebut dibuat bersempena mesyuarat AJK Pusat yang telah diadakan di pejabat baru PSSGM Pusat. PSSGM mengucapkan Selamat Kembali dan Tahniah kepada Cikgu Ahmad Jepun dan berharap agar bersama-sama dapat menaikkan nama Gayong di mata masyarakat serta memberi nama baik untuk Negara Malaysia amnya dan kepada negeri Perak khasnya. Gelaran 'Singa Putih' adalah gelaran yang diberi oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman kepada Cikgu Ahmad Jepun.

TAHNIAH dan SELAMAT KEMBALI dari kami anak-anak Gayong Malaysia Negeri Perak.

 


 

 Ucapan setinggi TAHNIAH kepada Tn Hj Mohd Anuar bin Hj Abd Hamid yang telah dikurniakan pingat ANS oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

 


 

TAHNIAH juga diucapkan kepada Setiausaha Agong PSSGM Pusat, Cikgu Sulih bin Udin kerana dikurniakan pingat PKC oleh Sultan Pahang.

 


 

Tahniah!! Pn Mas, diatas penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Khamis 4 March 2010 di Istana, Besar Seri Menanti. Kami di PSSGM Bhg Negeri Perak amat berbangga dan menumpang gembira diatas kejayaan dan pengiktirafan Kerajan Negeri Sembilan terhadap pengorbanan Pn Mas dalam PSSGM dan masyarakat.  

 


 

MOHAMAD SAFWAN BIN ABDUL RAHID telah mendapat tawaran bagi menjalani latihan pusat atlit silat untuk persediaan ke pertandingan Kejuaraan Silat Dunia kali Ke-14, 2010 di Kalimantan, Indonesia. Beliau menduduki Kelas G Silat Olahraga telah mendapat tawaran dari Pesaka Malaysia dan Majlis Sukan Negara.

 

Latihan beliau akan bermula pada 1 April 2010 sehingga 31 Julai 2010 di MSN Bukit Jalil. TAHNIAH diucapkan kepada beliau dari PSSGM Perak. 

 

Perlawanan akan berlangsung pada 25hb sehingga 31 Julai 2010.

 

Penafian:
PSSGM Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini..
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi

pssgmnegeriperak@yahoo.com

 

 
Make a Free Website with Yola.