PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG BAHAGIAN NEGERI PERAK

Tarikh Akhir Kemaskini : 30 Oktober 2010 @ 10:28hrs

Menjunjung Tinggi Kedaulatan

KESULTANAN MELAYU

Negeri Perak Darul Ridzuan

 I am a king of the ancient race. I am he who holds the Dragon Betel Stand, and the Shell Fish which came out of the Sea, which came down from the Hill of Segontang....I am the oldest of all the kings in these parts, such as the kings of Siak, Selangor, Rhio, Quedah and Tringano.

Year 1818 by Sultan Abdul Malek Mansur Shah in biography His Majesty Sultan Azlan Shah by Prof Dato' Dr Khoo Kay Kim.

D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak 

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak

Tuanku Bainun 

D.Y.T.M Raja Muda Perak

Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Raja Puan Besar Perak

Tuanku Zara Salim

Menteri Besar Perak

Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir 

Darah yang mengalir di dalam tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daing Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing.

Dalam tahun 1813, anak-anak Raja Bugis ini telah mendarat di Kuala Larut. Tempat persinggahan mereka dikenali sebagai Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning). Hanya Daing Kuning yang terus menetap di Relur Tujuh dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Saudara-saudara Daing Kuning yang lain telah meneruskan pelayaran dan berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut firasat masing-masing. Daing Kuning terkenal dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu. Melalui bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.

Hasil perkongsian hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Pattani, beliau telah dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’ Ngah Tambah (Daing Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak).

Penghulu Che Ngah Tambah ialah orang yang membuka daerah Matang dan telah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan.

SALASILAH DATO' MEOR ABDUL RAHMAN BIN UDA MOHD.HASHIM
PSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAK 

Dengan Bismillah mula dikata

Mengingati kebesaran Allah yang Mulia

Kerana wajib telah ternyata

Segala perbuatan mahulah diserta

 Seni gayong payung pusaka

Naungan aneka hikmat mulia

Rahsia tersimpan dipurbakala

Ilham menyusur zahir semula

 Niat yang bersih baunya suci

Berseru kepada putera dan puteri

Agama yang mulia dijunjung tinggi

Belalah bangsa adat dan negeri

 Gayong bercantum bersatu padu

Mengingat junjungan empunya seru

Sama sendiri bantu membantu selamat sejahtera

Hajat dituju

Mutiara Kata

 "Biar renggang di fana dunia...biar hina di mata manusia, biar semangat makin tua, biar harta makin tiada, biar akal makin berusia, biar jauh kedudukan kita, jangan tergadai Silaturrahim antara kita, semoga keredhaan Allah SWT serta keimanan yang berkekalan adalah milik kita semua".
 
PSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAK 
PSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAKPSSGMNEGERIPERAK 

PSSGM shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.  

Penafian:
PSSGM Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini..
Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi

pssgmnegeriperak@yahoo.com

Make a Free Website with Yola.